MAJLIS PERHUBUNGAN PK PETANG PASIR GUDANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

KEPADA : SEMUA PK PETANG

 

Cabutan Surat Pekeliling Ikhtisas Waktu Bekerja


SPI 2/81 - Ketepatan Masa

- Waktu bertugas di sekolah – waktu datang, balik, masuk kelas, aktiviti. Ketepatan juga bermakna guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba masanya untuk berbuat demikian

SPI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru

- Waktu luang adalah waktu bekerja

- Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas

- Buat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, buat nota mengajar, sediakan alat      mengajar dsb

- Memeriksa buku latihan murid

- Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar

- Menyediakan aktiviti gerkerja kokurikulum

- Lain-lain tugas yang fikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar



SPI 12/1988 - Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah

Tidak boleh

- sesiapa datang jual barang terus kepada pelajar dan guru dalam waktu persekolahan

- mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi kepada guru dan      murid

-  melantik sekolah menjadi wakil pengedar atau penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau JK PIBG

 Yang boleh adalah
-  Pameran, demonstrasi, promosi dan jualan dilakukan pada hari tertentu seperti pada hari sukan, hari guru, mesyuarat agung PIBG dsb

- Promosi, Demonstrasi adalah untuk perhatian pentadbir sekolah,    
pengurusan koperasi dan JK PIBG untuk perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan guru dan pelajar

Disediakan oleh : MUHAMAD ALI HARUN

No comments:

Post a Comment