MAJLIS PERHUBUNGAN PK PETANG PASIR GUDANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATAHUI WAKTU BEKERJA

Sila rujuk JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2010
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATAHUI WAKTU BEKERJA

Ringkasan:
1.    Kalau nak keluar, kena mintak kebenaran bos (pegawai penyelia, PP)
2.    Kebenaran boleh diberi bagi urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan   
       dalam waktu bekerja (kalau boleh online, tak perlu keluar)
3.    PP guna budi bicara setelah ambilkira kepentingan perkhidmatan
4.   Tempoh maksimum ialah 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang  ditolak waktu rehatnya, mana yang lebih rendah. Sebagai contoh: Waktu bekerja 7.30 pagi hingga 4.30 petang (9 jam), waktu rehat 1.00 - 2.00 petang (1 jam). Jadi waktu bekerja ialah 9-1 = 8 jam. Separuh daripada 8 jam ialah 4 jam. Jika guru, waktu bekerja ialah 7.30 pagi hingga 1.15 petang (5 jam 45 minit). Rehat 20 minit. Jadi waktu bekerja ialah 5 jam 45 minit - 20 minit = 5 jam 25 minit. Separuh daripadanya ialah 2 jam 42.5 minit atau jika digenapkan menjadi 3 jam.
5.   Jika dia keluar lebih dari tempoh maksimum yang dibenarkan, pegawai dikehendai mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan
6.   Jika dapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital, perlu kemukakan time slip atau dokumen pengesahan lain dari doktor
7.   Jika dapat MC, tempoh keluar tersebut dianggap Cuti Sakit
8.   PP boleh tetapkan pegawai perlu ganti semula tempoh waktu bekerja
9.   PP kena pastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan dan perlu kawal dari segi kekerapan penggunaannya.
Dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor TKSU (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Malaysia (rujuk (http://www.nutp.org/malay/images/berita/time%20slip.pdf) memutuskan untuk membenarkan pegawai keluar sebanyak 2 kali sebulan dengan tempoh masa maksimum 3 jam. Sekiranya melebihi 3 jam, pegawai dikehendaki memohon Cuti Rehat.

No comments:

Post a Comment