MAJLIS PERHUBUNGAN PK PETANG PASIR GUDANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 2, 2012

Perkembangan Kursus : TARIKH DITUNDA KE 19 JULAI 2012 (KHAMIS)

-- Forwarded Message -----From: Mohd Zakaria bin Ahmad <mohdzakaria@iab.edu.my>To: Biow hong Sim <biowhongsim@yahoo.com> Sent: Friday, June 29, 2012 4:26 PMSubject: Re: Kursus Peningkatan Profesionalisme GPK Petang 2012


Salam sejahtera, Salam 1Malasia

Puan Biow,

Kami di IAB Cawangan Selatan berterima kasih atas jemputan dan kepercayaan  Majlis Perhubungan GPK Petang berhubung dengan kursus yang akan pihak tuan laksanakan nanti. Pihak kami akan cuba untuk memberikan fokus terhadap hubungan antara leadership with innovation and best practices in school.

Thank you.


2012/6/28 Biow hong Sim <biowhongsim@yahoo.com>
Salam sejahtera Tuan Haji Mohd. Zakaria,
Amat gembira dan bersyukur menerima maklum balas daripada Tuan Haji.  Terima kasih.
Setelah berbincang dengan Pengerusi Majlis Perhubungan  GPK Petang,  En Aziz dan Pn Anita(S/U),  pihak kami telah meminda tarikh kursus ke 19 Julai 2012(Khamis). 
Berkenaan tempat penginapan,  kami akan menyediakan dua bilik untuk tujuan ini.
Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pihak tuan bahawa kursus yang bertemakan 
Inovasi Merekayasa Transformasi Pendidikan ini akan fokus secara keseluruhannya  pada input daripada pihak tuan.
Sehubungan dengan ini,  disertakan beberapa info yang mungkin dapat dijadikan rujukan pihak tuan.
Atas segala komitmen dan sokongan daripada pihak tuan,  kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Salam Satu Malaysia,
Daripada : Pn Sim Biow Hong
                 Naib Pengerusi MPPK Petang Pasir Gudang


From: Mohd Zakaria bin Ahmad <mohdzakaria@iab.edu.my>
To: Biow hong Sim <biowhongsim@yahoo.com>
Sent: Thursday, June 28, 2012 4:03 PM
Subject: Kursus Peningkatan Profesionalisme GPK Petang 2012


Selamat Petang, Salam 1Malaysia.

Puan Biow perkara di atas adalah dirujuk. 

Untuk makluman tuan, pada tarikh tersebut (12.07.2012) saya dan Pn. Suriani bt. Sulaiman tidak dapathadir kerana ada urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan dengan itu beberapa perkara mohon pihak tuan pertimbangkan.

1. Sekiranya tarikh ditunda ke minggu berikutnya (16 hingga 20 Julai) kami bertiga akan dapat hadir.
2. Sekiranya tarikh tidak dapat ditunda, tempat saya akan digantikan oleh Puan Hajah Misliah bt. Mesran
3. Jika tidak keberatan mohon pihak tuan menyediakan tempat penginapan hotel kerana kami berhasrat untuk datang lebih awal untuk mengelakkan perkara-perkara luar jangka.

Saya mendoakan agar kursus yang dirancang berjalan dengan lancar. Selamat Maju Jaya.

--
Haji Mohd. Zakaria bin Ahmad
Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Selatan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Batu Pahat, Johor
Pejabat : 07 - 4156610 
Faks : 07 - 4156620

No comments:

Post a Comment