Thursday, March 3, 2011
WACANA PROFESIONALISME PK PETANG DAERAH PASIR GUDANG
Makluman kepada semua GPK Petang Daerah Pasir Gudang, Majlis Perhubungan PK Petang Daerah Pasir Gudang akan mengadakan :
MAJLIS WACANA PROFESIONALISME PK PETANG
TARIKH : 10 MAC 2011 ( KHAMIS)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK KOTA MASAI 2
MASA : 9.00 PAGI
Sunday, February 20, 2011
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATAHUI WAKTU BEKERJA
Sila rujuk JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2010
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATAHUI WAKTU BEKERJA
Ringkasan:
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATAHUI WAKTU BEKERJA
Ringkasan:
1. Kalau nak keluar, kena mintak kebenaran bos (pegawai penyelia, PP)
2. Kebenaran boleh diberi bagi urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan
dalam waktu bekerja (kalau boleh online, tak perlu keluar)
3. PP guna budi bicara setelah ambilkira kepentingan perkhidmatan
4. Tempoh maksimum ialah 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditolak waktu rehatnya, mana yang lebih rendah. Sebagai contoh: Waktu bekerja 7.30 pagi hingga 4.30 petang (9 jam), waktu rehat 1.00 - 2.00 petang (1 jam). Jadi waktu bekerja ialah 9-1 = 8 jam. Separuh daripada 8 jam ialah 4 jam. Jika guru, waktu bekerja ialah 7.30 pagi hingga 1.15 petang (5 jam 45 minit). Rehat 20 minit. Jadi waktu bekerja ialah 5 jam 45 minit - 20 minit = 5 jam 25 minit. Separuh daripadanya ialah 2 jam 42.5 minit atau jika digenapkan menjadi 3 jam.
5. Jika dia keluar lebih dari tempoh maksimum yang dibenarkan, pegawai dikehendai mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan
6. Jika dapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital, perlu kemukakan time slip atau dokumen pengesahan lain dari doktor
7. Jika dapat MC, tempoh keluar tersebut dianggap Cuti Sakit
8. PP boleh tetapkan pegawai perlu ganti semula tempoh waktu bekerja
9. PP kena pastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan dan perlu kawal dari segi kekerapan penggunaannya.
Dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor TKSU (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Malaysia (rujuk (http://www.nutp.org/malay/images/berita/time%20slip.pdf) memutuskan untuk membenarkan pegawai keluar sebanyak 2 kali sebulan dengan tempoh masa maksimum 3 jam. Sekiranya melebihi 3 jam, pegawai dikehendaki memohon Cuti Rehat.
KEPADA : SEMUA PK PETANG
Cabutan Surat Pekeliling Ikhtisas Waktu Bekerja
SPI 2/81 - Ketepatan Masa
- Waktu bertugas di sekolah – waktu datang, balik, masuk kelas, aktiviti. Ketepatan juga bermakna guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba masanya untuk berbuat demikian

SPI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru
- Waktu luang adalah waktu bekerja
- Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas
- Buat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, buat nota mengajar, sediakan alat mengajar dsb
- Memeriksa buku latihan murid
- Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
- Menyediakan aktiviti gerkerja kokurikulum
- Lain-lain tugas yang fikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar
Tidak boleh
- sesiapa datang jual barang terus kepada pelajar dan guru dalam waktu persekolahan
- mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi kepada guru dan murid
- melantik sekolah menjadi wakil pengedar atau penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau JK PIBG
Disediakan oleh : MUHAMAD ALI HARUN

SPI 12/1988 - Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah
Tidak boleh
- sesiapa datang jual barang terus kepada pelajar dan guru dalam waktu persekolahan
- mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi kepada guru dan murid
- melantik sekolah menjadi wakil pengedar atau penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau JK PIBG
Yang boleh adalah
- Pameran, demonstrasi, promosi dan jualan dilakukan pada hari tertentu seperti pada hari sukan, hari guru, mesyuarat agung PIBG dsb
- Promosi, Demonstrasi adalah untuk perhatian pentadbir sekolah, pengurusan koperasi dan JK PIBG untuk perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan guru dan pelajar
- Promosi, Demonstrasi adalah untuk perhatian pentadbir sekolah, pengurusan koperasi dan JK PIBG untuk perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan guru dan pelajar
Tuesday, February 15, 2011
Friday, February 11, 2011
GANJARAN UNTUK KEPIMPINAN CEMERLANG
924 guru besar terima ganjaran- PENGUMUMAN OLEH MENTERI PELAJARAN.
Bai’ah turut iktiraf pendidik paling cemerlang: MuhyiddinPUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara bakal menerima ganjaran RM7,500 seorang kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai’ah).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mengikut tawaran itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Nama mereka yang layak menerima ganjaran itu dijangka diumumkan pada pertengahan tahun ini, berkemungkinan besar selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal dua peratus bagi 2010.
Katanya, Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek bagi Bai’ah yang melayakkan mereka menerima ganjaran kewangan berasaskan prestasi itu.
“Walaupun bajet yang kita sediakan untuk Bai’ah, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan ini hanya dua peratus, semua yang layak tetap mendapat ganjaran dan jumlahnya kita akan tentukan nanti.
“Dari segi pencapaian keseluruhan pula, kita sudah bentangkan NKRA bagi kementerian ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu perjumpaan dua minggu lalu dan beliau berpuas hati dengan prestasi dalam empat perkara yang menjadi tanggungjawab kami iaitu prasekolah, literasi dan numerasi (LINUS), sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan Bai’ah.
“Semuanya berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kecuali bagi LINUS kerana ada pelajar berkeperluan khas, umpamanya yang ada masalah pendengaran dan perlu bimbingan tambahan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan perutusan khas Menteri Pelajaran kepada warga Kementerian Pelajaran, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.
PENGUMUMAN PENTING
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KRS PARA PENTADBIR
SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2011
TARIKH : 19 APRIL 2011
TEMPAT : SMK AGAMA JB
MASA : 8 PAGI
SILA PASTIKAN TUAN/PUAN TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL
TERHADAP TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN.
- J/K JAMUAN PENOLONG KANAN – JUMLAH 200 ORANG
TUGAS : ZON JOHOR JAYA
- J/K KESELAMATAN DAN KECEMASAN – 5 OANG PLJR PBSM/STJOHN
TUGAS : ZON TAMAN RINTING
- J/K TEMPAT LETAK KERETA – 10 ORANG KADET POLIS
TUGAS : ZON PASIR PUTIH
- J/K PENYAMBUT TETAMU/PANDU ARAH – 4 ORG GURU, 5 ORG PENG
TUGAS : ZON TAMAN DAYA
- J/K KEBERSIHAN SEBELUM DAN SELEPAS
TUGAS : ZON PERMAS
- J/K TEKS UCAPAN PENGARAH DAN PPD
TUGAS : ZON ULU TIRAM
Subscribe to:
Posts (Atom)